Ternyata, Roh Orang Meninggal Pergi Kesini Selama Bulan Ramadhan...

Tahukah anda kemana roh orang yang mati pergi semasa dalam bulan Ramadan?
kemana roh pergi di bulan ramadan?


Ilustrasi By Google
Kalau tak tahu boleh baca artikel berikut. Sekadar bacaan ringan di petang ini…

_ _ _ _ _ _ _ _ _


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.


Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Ada seorang ustaz memberitahu tentang hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu, janganlah kita biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.


Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal di dunia kecuali 3 perkara iaitu:

doa anak-anak yang soleh
ilmu yang bermanfaat untuk orang lain
sedekah amal jariah.


Salam Ramadan (^_^)

0 Response to "Ternyata, Roh Orang Meninggal Pergi Kesini Selama Bulan Ramadhan..."

Posting Komentar